Lamborghini Huracan Sterrato pamer aksi atas jalan bersalji

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada tahun 2022, Lamborghini telah menambah satu lagi model dalam barisan keluarga supercar nya, iaitu Huracan Sterrato, dimana ia merupakan sebuah supercar yang memfokuskan pada pemanduan off-road.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lamborghini Huracan Sterrato dikuasakan dengan enjin V10 5.2 liter yang menghasilkan 602 HP dan 565 Nm, dipadankan bersama transmisi klac berkembar 7 kelajuan dan sistem elektronik AWD.

Tidak seperti keluarga Huracan lain yang menghasilkan sehingga 322 km/j, Huracan Sterrato hanya menghasilkan kelajuan sehingga 260 km/j sahaja dimana ia dihadkan oleh komponen elektrik.

 

2

 

Baru-baru ini, Lamborghini Huracan Sterrato telah dibawa ke kawasan meluncur salji di Italian Alps yang boleh dikatakan antara tempat ekstrem untuk menguji kemampuan supercar off-road tersebut.

Supercar off-road itu didatangkan dengan sistem Lamborghini Integrated Vehicle Dynamics (LDVI) yang diperbaharui, dimana ia mempunyai mod pemanduan Strada, Sport dan tambahan baharunya, Rally.

 

3

 

Didatangkan dengan mod pemanduan Rally baharu, Huracan Sterrato mampu menghadapi laluan dengan cengkaman rendah pada permukaan bersalji yang dibantu oleh sistem elektronik AWD.

Ia turut dibantu dengan kelebaran roda yang diregangkan sebanyak 30 mm depan dan 34 mm belakang, dipadankan bersama tayar Bridgestone Dueler AT002 19 inci dengan kelebaran 235 di hadapan dan 285 di belakang.

 

4

 

Unit yang diuji itu didatangkan dengan warna Bianco Phanes dan Grigio Telesto bersama kemasan gentian karbon berwarna hitam.

Setakat ini, Lamborghini akan menghasilkan 1,499 unit Huracan Sterrato dimana pemasangannya telah bermula pada bulan ini, dan akan dihantar pada pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …