Lancer Evo bakal dijelmakan jadi SUV elektrik e-Evolution, muncul tahun 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah model sedan berprestasi tinggi Lancer Evolution dihentikan produksi menerusi generasi kesepuluh, Mitsubishi kini tidak lagi mempunyai sebarang model pantas untuk ditawarkan kepada peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun ia telah dijelmakan semula menjadi sebuah crossover elektrik menerusi model Mitsubishi e-Evolution Concept seperti yang diperlihatkan pada Tokyo Motor Show tiga tahun yang lalu.

 


Agak mengecewakan di situ apabila nama sedan diguna pakai menjadi sebuah SUV (ingat lagi Eclipse?), dan berita terbaharu yang diperoleh daripada negara matahari terbit mengesahkan bahawa model e-Evolution itu difahamkan bakal memasuki pasaran pada tahun hadapan!

Menurut laman web automotif Jepun Spyder7, Mitsubishi sedang membangunkan model terbaharu SUV elektrik e-Evolution dan bakal diperlihatkan secara rasmi pada tahun 2021.

 


Jika dirujuk kepada spesifikasi yang diterbitkan tiga tahun lalu, Mitsubishi e-Evolution membawakan konfigurasi tiga motor elektrik, dua daripadanya dipasang pada gandar belakang.

Ini memberikan Mitsubishi e-Evolution sistem pacuan empat roda yang sama seperti model-model Evolution, akan tetapi dalam bentuk yang lebih moden.

 


Pek bateri pula diposisikan di bahagian bawah lantai tengah kenderaan, memberikan titik graviti yang lebih rendah.

Rupa luaran SUV e-Evolution dikatakan bakal menampilkan elemen Dynamic Shield yang lebih moden dan lebih tajam berbanding model-model Mitsubishi sedia ada.

Sumber: Spyder7

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang sedar, Mitsubishi juga sebenarnya ada pernah menghasilkan sebuah wagon…
Berita Global
Dalam pengumuman tersebut, Mitsubishi menjanjikan beberapa perkara, termasuklah menawarkan kembali…
Berita Global
Beberapa hari yang lalu, Dream Car Giveaways di UK telah menganjurkan acara cabutan bertuah berupa…