Buat mereka yang cintakan alam sekitar dan bencikan asap, ECD ada menawarkan projek kustom yang tidak langsung menggunakan nadi V8 yang berkuasa, sebaliknya menampilkan motor elektrik daripada Tesla!

Project Britton yang ditampilkan ini dipasangkan dengan motor elektrik tunggal berkuasa 450 hp yang digunakan untuk memacu kesemua empat roda.
Pecutan 0-96 km/j pula boleh dicapai dalam tempoh lima saat, dan pek bateri berkapasiti 100 kWh pula membolehkan pemanduan sejauh 354 km untuk sekali cas penuh.
Untuk keselesaan pemanduan, pihak ECD telah memasang sistem suspensi udara dengan tayar all-terrain daripada BF Goodrich, namun komponen seperti brek dan gandar masih lagi standard kilang.

Bahagian luaran Defender elektrik ini dilayangkan dengan warna Cool Khaki Grey, sementara bahagian kabin pula menampilkan penggunaan bahan kulit hitam dan beige, trim kayu, serta kayu Teak untuk lantai kargo.
Apa yang pasti, modifikasi sebegini memang memerlukan belanja yang besar, dan bukan semua orang suka dengan cara dan pendekatan yang digunakan oleh ECD ini.