Langgar penunggang motosikal, pemandu kereta beri alasan lampu isyarat belum merah

oleh Hamimah Hamid|
PEMANDU kereta wanita warga emas yang melanggar penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh pagi tadi mendakwa lampu isyarat masih kuning menyebabkannya tidak berhenti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelanggaran sekitar jam 8.16 pagi tersebut menyebabkan penunggang motosikal yang dilanggar kereta jenis Perodua Viva itu  patah tangan.

Lelaki tempatan berusia 48 tahun terbabit turut cedera di dagu dan jari kiri. 

Bagaimanapun pemandu kereta iaitu wanita berusia 73 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima pada jam 1.52 petang dan didapati rakaman kemalangan telah tular di laman sosial hingga mendapat perhatian umum.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Sekolah Tuanku Abdul Rahman.

"Ketika kejadian kereta itu datang dari arah Kampung Simee dan semasa melalui lampu isyarat telah bergesel dengan motosikal dari arah bertentangan yang mahu membelok ke kanan.

Video dibawah:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…