Platform yang dimaksudkan itu merupakan pelantar MLA yang digunakan pada model generasi baharu Range Rover dan Range Rover Sport, selain mampu menempatkan trenkuasa pembakaran dalaman, hibrid, serta plug-in hybrid.
Menurut laporan daripada Autocar, Defender yang lebih premium ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keupayaan off-road, namun digandingkan dengan kualiti pemanduan jalan raya yang dipertingkat, serta kemasan ruang kabin yang lebih mahal.

Pilihan enjin pula terdiri daripada nadi enam silinder sebaris petrol dan diesel yang boleh digandingkan dengan teknologi mild-hybrid atau plug-in hybrid, dan tidak ketinggalan pilihan enjin V8 yang lebih berkuasa.
Tambah laporan Autocar lagi, 'Range Rover Defender' ini juga bakal mempunyai ciri seperti tempat duduk sporti, trim kayu dan juga metalik, serta posisi tombol gear yang lebih tinggi, namun versi tiga baris tempat duduk tidak mungkin jadi kenyataan untuk mengelakkan persaingan dengan model Land Rover Discovery.
Selain daripada versi mewah, Land Rover sebelum ini turut mempertimbangkan untuk menawarkan Defender aras mula dengan menggunakan platform EMA (Electric Modular Architecture) namun projek itu dilaporkan tidak akan diteruskan.

Namun, plaftorm EMA akan tetap digunakan untuk model generasi baharu Range Rover Evoque dan Land Rover Discovery Sport - kedua-duanya boleh didapati dalam versi plug-in hybrid (PHEV) dan elektrik bateri (BEV).
Defender dari platform MLA dijangka akan mula dijual pada lewat tahun 2024 atau awal tahun 2025 dengan harga jualan bermula dari £59,000 (RM340,769).
Sumber: Autocar