Lexus jadikan Tesla sebagai penanda aras untuk EV baharu

oleh Mohamad Hanif|
Lexus tidak segan silu untuk mengakui mereka menggunakan Tesla sebagai penanda aras untuk membangunkan kenderaan elektrik generasi baharu yang dijangka akan tiba pada tahun 2026.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Presiden Antarabangsa Lexus, Takashi Watanabe menjelaskan kepada Automotive News, "adalah penting untuk merendah diri dan belajar daripada pencapaian Tesla.

"Salah satu daripada langkah pertama kami adalah dengan mengubah suai dan memikirkan semula kaedah pengeluaran kami.

Lexus juga akan mengutamakan pendekatan rekaan kenderaan yang dapat menjelmakan intipati jenama tersebut, serta menawarkan ciri unik yang dapat menarik perhatian pelanggan di dalam era EV.
 

EV


"Jika kami bergantung kepada produk semata-mata, kita tidak akan dapat pergi lebih jauh. Kami perlu menawarkan lebih (kepada pelanggan). Selepas pelanggan membeli produk tersebut, apakah jenis pengalaman yang kami boleh tawarkan kepada mereka?"

BEV Lexus serba baharu itu akan dibina menggunakan pelantar modular, selain memanfaatkan teknologi yang ada pada syarikat induk Toyota termasuklah barisan pengeluaran autonomi dan teknik tuangan giga casting.

Sebelum ini, Lexus menyasarkan jualan EV sebanyak satu juta unit setahun menjelang tahun 2030, satu lonjakan besar berbanding apa yang ditawarkan pada masa kini.

Sebagai perbandingan, sepanjang tempoh tahun 2022 Toyota dan Lexus sekadar menjual 25,000 unit EV di peringkat global, disumbangkan oleh Toyota bZ4X, Lexus RZ dan Lexus UX 300e yang hanya ditawarkan di pasaran tertentu.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…