Lexus jenama paling dipercayai di Amerika Syarikat - J.D. Power

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahap kebolehpercayaan kepada sesebuah jenama sememangnya merupakan poin penting kepada para pembeli untuk memiliki sesebuah kenderaan. 

Ianya juga merupakan faktor yang tipikal mempengaruhi nilai jualan semula (resale value) untuk tempoh jangka masa panjang. 

Menurut laporan J.D Power U.S Vehicle Dependability Study 2019, Lexus menduduki tangga teratas di dalam senarai kenderaan yang paling dipercayai untuk pasaran Amerika Syarikat, dengan skor 106 PP100 (masalah untuk setiap 100 kenderaan). 

Untuk pengetahuan, ini merupakan tahun kelapan berturut-turut Lexus mengungguli kedudukan tertinggi, menampakkan kebolehpercayaan kenderaan yang dihasilkan dikalangan para pemiliknya.

 


Manakala di tempat dua pula dikongsi oleh pemilik jenama Lexus itu sendiri, Toyota dan Porsche, masing-masing mencatatkan skor 108 PP100. 

Di tempat keempat pula disandang oleh Chevrolet manakala Buick pula memperoleh kedudukan kelima. 

Dari segi kualiti, Audi, BMW, Mercedes-Benz dan Volkswagen masing-masing menunjukkan peningkatan kualiti dan mampu menyaingi nilai purata industri buat kali pertama dalam sejarah 30 tahun kajian J.D. Power.

Bagi yang tertanya-tanya, Tesla tidak termasuk di dalam senarai ini kerana kekurangan sampel ujian selain polisi Tesla untuk tidak membenarkan perkongsian data daripada pemilik kenderaan, menurut jurucakap J.D. Power. 

Berdasarkan kajian, Porsche 911 telah diiktiraf sebagai model yang paling dipercayai mengatasi mana-mana model yang dipertandingkan. 

Berikut merupakan senarai kenderaan yang paling dipercayai mengikut segmen utama di pasaran Amerika Syarikat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…