Lexus LBX bakal hadir dengan varian berprestasi tinggi, enjin GR Yaris!

oleh Mohamad Hanif|
SUV paling kecil dalam portfolio produk Lexus dilapor akan mendapat nadi tiga silinder sebaris kod G16E-GTS.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Ya, enjin sama yang wujud pada hot hatch GR Yaris itu dikatakan akan digunakan pada Lexus LBX, menurut laporan daripada media Jepun Mag-X.

Ini bermakna, Lexus LBX akan menjadi model bukan Toyota yang pertama menggunakan nadi berkuasa 295 hp dan 370 Nm, berkemungkinan besar dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda.
 

DAT


Atau mungkin sekali dapat kotak gear "Direct Automatic Transmission" (DAT) yang kini sedang diuji oleh Toyota.

Baca: Kotak gear DAT Toyota mampu jadi pengubah permainan

Laporan ini dilihat bertepatan dengan pengumumanyang dibuat oleh Lexus minggu lalu, di mana sebuah varian LBX berprestasi tinggi dijangka akan muncul pada Tokyo Auto Salon 2024.

Buat masa ini, crossover Lexus LBX boleh didapati dengan trenkuasa hibrid 1.5 liter dengan janaan tenaga 134 hp dan 185 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan roda depan atau pacuan semua roda.

Baca: Lexus LBX 2024

Baca: Toyota GR86 dapat enjin GR Yaris?

Sumber: Mag-X

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin 1.5 liter tiga silinder hibrid asal diganti dengan sebuah lagi enjin tiga silinder. Dari…
Berita Global
  Satu lagi yang menarik, enjin hibrid 1.5 liter M15A-FXE diganti dengan 1.6 liter turbo tiga…
Berita Global
Dari segi dimensi, Lexus LBX diposisikan di bawah model Lexus UX, sekaligus bertindak sebagai model…