Lorong kanan PLUS Senai Utara-Kulai ditutup untuk kerja naik taraf penghadang jalan

oleh Mohamad Hanif|
Pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan penutupan sementara lorong kanan antara Senai Utara ke Kulai (KM24.65 hingga KM27.25 Arah Utara) bermula 20 September 2021 (12 malam) sehingga 1 Januari 2022 (12 malam).

Penutupan lorong kanan tersebut adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf tembok penghadang konkrit di kawasan tersebut.

Sepanjang tempoh yang dinyatakan, trafik di laluan tersebut akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan bagi mengekalkan laluan dua lorong pada setiap masa.

PLUS juga menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mematuhi papantanda trafik dan had laju 60 km/j ketika melalui kawasan tersebut.

Pengguna PLUS juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…