Lotus bina platform baharu untuk Elan

oleh HEZERI SAMSURI|
Lotus diberitakan sedang membina sebuah platform baharu khusus untuk model cabriolet Elan.

Model terakhir Elan dihasilkan dari tahun 1996 hingga 1999 dan dibina bersama Kia di Korea (varian Kia dipanngil Kia Elan).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Elan baharu akan mengekalkan tradisi cabriolet (bumbung boleh buka) dan ia adalah salah satu dari program pelaburan CEO Lotus, Phil Popham yang diberi nama projek Vision 80.

Agensi berita Bloomberg melaporkan projek Vision 80 memakan belanja sebanyak US$2.8 billion tetapi jurucakap Lotus berkata jumlah itu agak konservatif.

Elan dikatakan akan berada di dalam kategori yang lebih premium dari Elise dan akan menggunakan platform aloi ringan yang dirivet.

 

 

Ini memang dijangka kerana kesemua platform Lotus sekarang sudah pun lewat usia - casis Evora dilahirkan dalam tahun 2008 sementara kerangka Elise dan Exige wujud sejak tahun 1996 lagi.

Awal tahun ini, Lotus berkata ia akan mengambil 200 jurutera tambahan dan akan membuka sebuah pusat kejuruteraan di UK. 

Ia juga berhasrat untuk meningkat jumlah jualan sebanyak tiga kali ganda (menjadi 5,000 unit) dan meningkat kepada 10,000 unit menjelang 2029.

Di bawah Geely, Lotus bukan sahaja mendapat suntikan modal, tetapi akses kepada teknologi di bawah kumpulan Volvo.

Lotus juga kembali diterajui oleh warga British, seperti Volvo yang diterajui oleh warga Sweden.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…