Pengganti Lotus Emira muncul 2027, kereta sports EV dua tempat duduk, kuasa cecah 872 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita semua maklum, Lotus Emira telah disahkan sebagai kereta terakhir Lotus yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang ditinggalkan oleh Lotus Emira akan digantikan dengan sebuah model kereta sports berkuasa elektrik.

Menurut laporan Autocar, model baharu dengan kod nama Type 135 itu akan dibangun menggunakan senibina LEVA (Lightweight Electric Vehicle Architecture) dengan membawakan konfigurasi dua tempat duduk.
 

Lotus


Struktur casis Lotus Type 135 dikatakan 37 peratus lebih ringan berbanding model Emira, namun dengan penambahan pek bateri mampu menjadikan kereta sports tersebut lebih berat.

Trenkuasa elektrik yang bakal digunakan pada jentera itu menampilkan dua konfigurasi utama, iaitu motor elektrik tunggal 469hp dengan sistem pacuan roda belakang, serta motor elektrik berkembar 872 hp dengan sistem AWD.

Dua saiz kapasiti pek bateri tersedia iaitu 66 kWh dengan jarak gerak 483 km, atau 99.6 kWh dengan jarak gerak 724 km.
 

Lotus


Tidak seperti kebanyakan EV, Lotus Type 135 tidak memposisikan bateri pada bahagian bawah lantai kereta. Sebaliknya, Lotus merancang untuk meletakkan komponen tersebut di belakang pemandu.

Ini membolehkan pemandu duduk lebih rapat ke lantai, dengan pengalaman pemanduan yang sama seperti kereta sports tradisional.

Ketua pegawai komersial Lotus Group, Mike Johnstone memberitahu, "kami memerlukan sebuah kereta sports dua tempat duduk sebagai sasaran utama jenama.
 

Emira


"Kereta sports merupakan elemen terpenting untuk masa depan kami. Jika tidak, kami hanya sekadar jenama yang mempunyai lencana Lotus.

Tidak seperti Emeya dan Eletre, Lotus merancang untuk memasang Type 135 di England dengan sasaran produksi 10,000 hingga 15,000 unit setiap tahun.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Menurut laporan Automotive News, ratusan unit Lotus Emira masih lagi tersadai di kebanyakan pusat…