Model tercanggih Lotus yang berwarna Empire Green ini akan digunakan oleh Clive yang juga Pengarah Pasukan Klasik Lotus untuk program jelajah United Kingdom dan Eropah.
Program itu akan mempromosikan sejarah pasukan permotoran popular Lotus dan juga perlumbaan model klasik Lotus di acara permotoran antarabangsa dan perjumpaan di serata dunia.
Lotus Evora GT410 Sport adalah model istimewa dengan beberapa peralatan eksklusif seperti kit aerodinamik, panel depan dan belakang daripada komposit yang menghasilkan daya mendapan sehingga 96 kg iaitu lebih dari 50 peratus daya pada model Evora Sport 410.
Model ini digerakkan oleh enjin supercaj 3.5 liter enam silinder dengan output kuasa 410 hp pada 7,000 rpm dan tork 420 Nm dari 3,500 rpm.
Pecutan model ini dari sifar ke 97 km/j hanya mengambil 3.9 saat (automatik atau 4.0 saat manual).
Memandangkan model ini dalam famili GT (Grand Touring), pelanggan boleh memesan transmisi automatik enam kelajuan yang sedikit lebih pantas.
Sistem transmisi ini menggunakan ECU yang telah ditala semula untuk tukaran lebih pantas dengan gear yang boleh dianjak menggunakan pedal aluminium pada stereng.
Model ini juga boleh diubah suai mengikut kehendak pelanggan melalui program Lotus Exclusive. Program di bawah Lotus Design ini semakin popular dengan kira-kira satu pertiga pelanggan mahu mengubah suai mengikut kehendak peribadi mereka.
Penulis: Muhammad Md Tajudin