LRT: Kerajaan mohon maaf, pakar dari Istanbul, Toronto diterbangkan ke Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan hari ini memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang telah mengalami gangguan perkhidmatan sejak semalam, susulan kegagalan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC).


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata walaupun syarikat pengendali LRT iaitu Prasarana Malaysia Bhd merupakan sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan yang diperbadankan, tetapi sebagai sebahagian daripada kerajaan, beliau tetap perlu bertanggungjawab.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

"Selaku menteri, ini adalah isu berhubung pengoperasian yang memerlukan saya mendengar pandangan dan dapatan daripada pihak Prasarana.

 

"Saya minta Prasarana untuk maklumkan kepada masyarakat sekurang-kurangnya tiga jam sekali berkenaan maklumat terkini gangguan LRT tersebut supaya mereka (pengguna) tahu keadaan semasa," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama warga Parlimen Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, di Kluang, pada Rabu.

 

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata selain bantuan daripada pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dijangka tiba esok, pakar dari Istanbul, Turkiye dan Toronto, Kanada, juga akan diterbangkan bagi mencari punca utama kegagalan ATC.

 

"Dalam masa sehari atau dua ini, mereka (pakar) perlu mencari punca kerana ia melibatkan masalah teknikal dan mungkin juga perlu melihat aspek yang lain," kata beliau.

notis dari Rapid KL

 

Ka Siong juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya Datuk Isham Ishak, Agensi Perkhidmatan Awam Darat (APAD) dan juga Prasarana untuk mencari satu formula dan penyelesaian yang terbaik terhadap masalah itu.

 

"Sudah sampai masanya untuk Prasarana melihat kepada penjadualan untuk kerja penyelenggaraan secara berkala dan mereka perlu mengubah kepada sistem yang lebih dinamik dan mengutamakan keselamatan," kata beliau.

 

Semalam (Selasa), operator LRT iaitu Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan ATC yang tidak stabil dikenal pasti sebagai punca kepada gangguan perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya pada Sabtu dan Isnin lalu.

 

Perkhidmatan LRT di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 6 pagi tadi selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.

 

Bagaimanapun perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi hanya dari Stesen Gombak ke Stesen Damai serta dari Stesen Lembah Subang ke Stesen Putra Heights.

 

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia bukanlah satu model yang mampan dan saksama apabila…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…
Berita Domestik
Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di kalangan rakyat Malaysia, menurut…