Luminox Navy SEAL Foundation 3580 Series - Kerangka CARBONOX, dari RM3,205

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Luminox baru-baru ini telah menambahkan lagi barisan siri jam tangan baharunya, Luminox Navy SEAL Foundation 3580 Series yang hadir dengan tema pasukan khas tentera US.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasukan operasi khas Tentera Laut Amerika Syarikat, Navy SEAL merupakan salah satu pasukan tentera yang paling tabah, berani dan berdedikasi di dunia.

 

2

 

Nama legenda Navy SEAL itu diperoleh daripada persekitaran di mana mereka beroperasi, iaitu Laut, Udara dan Darat.

Luminox telah bekerjasama dengan Navy SEAL dari awal asal jenama itu mencipta jam tangan dengan tujuan dan reka bentuk yang sesuai dengan keperluan Navy SEAL.

2

Sebagai rakan kongsi rasmi, Luminox telah mencipta generasi baharu sebagai salah satu siri 'Navy SEAL Foundation'.

Jam tangan Luminox Navy SEAL Foundation baharu didatangkan dengan sarung kerangka CARBONOX dan bezel berputar arah yang dikuasakan pergerakan quartz.

4

Ianya ditawarkan sebagai set dengan pilihan tali getah berwarna pasir dan tali nilon berwarna hijau, yang memberi penghormatan pada setiap lokasi operasi Navy SEAL.

Pada bahagian dail paling bawah, ianya dihiasi dengan logo Navy SEAL Foundation, ianya dilindungi dengan kaca jenis kristal mineral yang dikeraskan.

 

3

 

Hadir sebagai jam tangan lasak, ia mempunyai ciri kalis air 200 meter dan Luminox Light Technology untuk membolehkan jam dilihat dalam apa jua keadaan.

Untuk pasaran Malaysia, jam tangan Luminox Navy SEAL Foundation 3580 Series kini boleh dibeli pada harga RM3,205.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Terhad kepada 710 utas , jam tangan baharu itu meraikan lautan indah bumi, yang berfungsi bukan…
Gaya Hidup
Walaupun pada asalnya ia digunakan oleh para lalun bagi menakutkan pihak lawan, simbol ini kemudian…
Gaya Hidup
Jam tangan yang mampu bertahan dalam keadaan ekstrem ini didatangkan dengan casis keluli tahan…