MABUK, DUA LELAKI BAKAL HILANG LESEN MEMANDU

oleh Penyumbang Rencana 2|
GARA-GARA menunggang motosikal serta memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan dua lelaki mungkin hilang kelayakan lesen memandu mengikut pindaan sesyen baru Akta  Pengangkutan Jalan 2020.

Dua lelaki terbabit, Loke Kong Kian, 56, dan Tan Hock Koon, 52 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini bagi kesalahan tersebut mengikut Seksyen 45a Serta 45a (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Abdul Wahab.

Mengikut pertuduhan, Kong Kian didakwa menunggang motosikal bernombor pendaftaran AJY 4409 di Jalan Taman Sungai Mas, Simpang, Taiping pukul 5 pagi, Ahad lalu dengan kepekatan alkohol 181mg per 100 ml darah, melebihi had ditetapkan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 sehingga RM30,000 selain lesen memandu dibatalkan.

Manakala Hock Koon dituduh memandu kereta bernombor pendaftaran ABW 8295 dalam keadaan kandungan kepekatan alkohol di dalam badan sebanyak 94mg per 100ml darah melebihi had ditetapkan di Jalan Matang, Taiping Pukul 11.30 malam, Isnin lalu. 

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun serta denda antara RM10,000 sehingga RM30,000, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu dalam tempoh tidak kurang dari dua tahun dari tarikh sabitan kesalahan.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nor Faakihin Ahmad Pauzi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 kepada kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Disember depan untuk sebutan semula kes.


Artikel oleh: Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…