Mahu fokus SUV, Lexus akan tamatkan penawaran CT, IS, dan RC di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan pasaran global kini sudah pun dikuasai oleh SUV, dan peranan kereta segmen lain seperti sedan dan hatchback mula beransur-ansur mengecil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lexus juga terkesan dengan perubahan trend ini, dan memutuskan untuk menghentikan penjualan tiga model utama, iaitu Lexus CT, Lexus IS dan juga Lexus RC.

Ini bermakna, ketiga-tiga nama itu akan dibuang secara terus dari portfolio Lexus Eropah setelah stok sedia ada habis terjual, dan Lexus juga tidak merancang untuk meneruskan produksi model yang disebutkan tadi.

Menurut wakil dari Lexus memberitahu Automotive News, "keputusan ini dibuat berdasarkan perubahan terhadap portfolio kami, di mana jika anda melihat kadar jualan Lexus di Eropah dan pasaran keseluruhan, ia lebih cenderung ke arah SUV.

 


Jika dilihat kepada angka jualan, model yang disebutkan tadi sememangnya mencatatkan kadar jualan yang rendah untuk tempoh Januari - Ogos seperti berikut:

  • CT - 2,344 unit
  • IS - 1,101 unit
  • RC - 422 unit

Sebagai perbandingan, kadar jualan barisan crossover/SUV Lexus untuk tempoh yang sama (Januari-Ogos 2020) pula lebih baik di mana:

  • UX - 10,291 unit
  • NX - 7,739 unit
  • RX - 3,474 unit

Namun, jika dilihat kepada prestasi jualan sedan LS yang amat rendah (sekitar 58 unit), amat mengejutkan apabila Lexus untuk meneruskan jualan sedan mercu tersebut di sana.

"Lexus LS merupakan model bertaraf mercu, dan ia merupakan model yang membawakan pelbagai jenis inovasi dan pembina jenama Lexus yang amat kuat.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…