Mansory perlihat konsep kereta terbang 'sebenar'

oleh Mohamad Hanif|
Sejak kebelakangan ini, sudah banyak pihak memperlihatkan konsep kereta terbang masing-masing.

AION MREC Banner Campaign May 2024

Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan keupayaan untuk berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL).

Sehingga kita mendapatkan teknologi yang bersesuaian, kereta terbang yang sebenar mungkin sukar untuk direalisasikan dalam masa terdekat.
 

mansory


Namun, anda boleh bayangkan kereta terbang masa depan menerusi imej janaan komputer yang dikeluarkan oleh Mansory.

Jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat gandingan elemen rekaan daripada model Ferrari Enzo di bahagian depan, diikuti dengan rekaan supercar Lamborghini pada bahagian belakang.

Rekaan sirip-sirip pada seksyen sisi dan atas kereta terbang ini pula seakan diinspirasikan daripada bot-bot mewah.
 

mansory


Tidak seperti DeLorean dengan keempat-empat tayar yang boleh 'dilipat' sewaktu terbang, kereta terbang Mansory ini langsung tidak mempunyai sebarang tayar.

Anehnya, ia turut dilengkapi dengan ciri aerodinamik yang biasanya dikaitkan dengan pemanduan berkelajuan tinggi di atas jalan raya, seperti diffuser besar, tip ekzos di tengah, serta skup bumbung.

Kehadiran liang-liang udara memberikan bayangan ia dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman.
 

alef


Konsep yang dibawakan oleh Mansory ini adalah hampir sama dengan konsep kereta terbang Alef yang telah diperlihatkan sebelum ini.

Walaupun berbentuk seperti sebuah sedan, binaan badan kereta terbang Alef sebenarnya merupakan struktur berjejaring yang digunakan untuk menyembunyikan bilah kipas.

Untuk makluman, Alef merupakan syarikat 'kereta terbang' pertama yang telah menerima kelulusan daripada Federal Aviation Administration (FAA) untuk terbang di Amerika Syarikat.

 


Bilakah kita akan mendapat kereta terbang macam DeLorean Back To The Future ini?

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Jarak lega bumi yang agak tinggi itu sudah cukup untuk membuatkan penampilan standard G-wagen lebih…