Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana kelibatnya di atas jalan raya Malaysia juga bisa membuatkan banyak kepala tertoleh melihatnya.
Untuk menjadikan rekaan luaran 7 Series yang lebih mewah, Mansory kini melancarkan produk rim baharu bersaiz 22 inci yang ditempa sepenuhnya, FD.15 dengan kelebaran 9 inci di depan dan 10.5 inci di belakang.
Rupa paras rim baharu dengan struktur 15 jejari itu dilihat menyamai rim cakera yang boleh didapati pada model-model Rolls-Royce serta Maybach.
Disebabkan 7 Series mempunyai persamaan dimensi dengan sedan elektrik i7, rim FD.15 Mansory ini boleh dimuatkan pada kedua-dua versi sedan.
Mansory menyarankan pemilik BMW 7 Series supaya memilih rim perak dengan kemasan Black Diamond, set tayar Falken Azenis FK510 (saiz 265/30 depan, 295/25 belakang) diikuti dengan set spacer tambahan 10 mm untuk memastikan rim tersebut mempunyai penampilan yang tegap di sebalik arka roda.