MARii dan Indonesia Automotive Institute kerjasama kukuhkan industri automotif kedua- dua negara

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Indonesia Automotive Institute (IOI) baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis tandatangan itu telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di mana ia menonjolkan komitmen negara untuk terus mengukuhkan kemajuan industri automotif.

MARii dan IOI secara konsisten bekerjasama memajukan industri automotif Malaysia dan Indonesia.

Antara kerjasama yang ketara ialah usaha bersama MARii dan IOI dalam mewujudkan peluang perniagaan untuk vendor automotif tempatan dan Industri Kecil Sederhana (IKS) di Malaysia dan Indonesia.

Ianya bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dalam industri automotif merangkumi pembuatan, komponen tempatan dan eksport, dengan sasaran untuk menjadi pembekal serantau dan global.

Perjanjian terbaharu itu juga bakal membawa kepada penubuhan Institut Automotif ASEAN atauperikatan, dan bentuk penglibatan lain di kalangan negara anggota.

Ia bakal mewujudkan peluang perniagaan, menambah baik pengurusan rantaian bekalan, penyelidikan mengenai bahan api yang lebih bersih, dan meningkatkan pembuatan bateri dengan matlamat automotif yang lebih hijau dan lebih inovatif di masa hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…