MARii, UiTM jalin kerjasama kembangkan jaringan tenaga mahir dan R&D mobiliti

oleh Mohamad Hanif|

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi memperkukuh, mempromosi dan membangunkan kerjasama akademik, budaya serta penyelidikan. 

UiTM diwakili oleh Naib Canselornya, Profesor Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim manakala MARii pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Madani Sahari. 

Perjanjian persefahaman ini bakal menyaksikan penyertaan kedua-dua belah pihak dalam mentransformasikan industri Malaysia menjadi sektor yang kompetitif di peringkat global, khususnya dalam pembangunan modal insan dan aplikasi di dalam teknologi bagi memenuhi keperluan industri.

Menurut Dato Madani Sahari, "semakan terhadap Dasar Automotif Negara akan melihat kepada teknologi baharu di dalam bidang kenderaan generasi baharu, mobiliti sebagai servis (Maas) dan pelaksanaan Industri 4.0.
 


"Dengan keupayaan UiTM sedia ada akan menambah dimensi baharu terhadap tenaga pakar dan fasiliti MARii sedia ada dalam melaksanakan agenda Mobiliti Terhubung," tambah beliau. 

Menurut Prof Azraai dalam ucapannya, "Perjanjian MoU ini akan membuka lebih banyak peluang kolaborasi, bukan sahaja mendorong penubuhan Satellite Node UiTM-MARii pertama, malah menjadi Satelit MARii yang pertama di Malaysia di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bertemakan "Mobility Redefined", pameran itu bakal menampilkan pelbagai kenderaan terbaharu dalam…
Berita Domestik
Edisi 2023 itu akan dibuka kepada orang ramai bermula 4 hingga 7 Mei 2023, yang akan diadakan…
Berita Domestik
Beliau mensasarkan menjelang tahun 2030, lebih kurang 100,000 unit kenderaan baharu yang dijual…