Masalah brek - Lori rempuh 8 kenderaan di Lebuh Raya Puchong-Bukit Jalil (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Masalah brek dipercayai punca pemandu gagal mengawal lori lalu merempuh lapan kenderaan di Lebuh Raya Puchong-Bukit Jalil (berhadapan Mercedes Hap Seng), di Bukit Jalil petang tadi (Rabu).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Izuddin Ab Wahab berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah menerima laporan kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil dan lapan kenderaan sekitar pukul 2 petang.

 

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa lori berkenaan datang dari arah Bukit Jalil menghala Puchong.

 

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh lapan kenderaan yang berada di hadapannya,” ujarnya sebentar tadi.

 

Menurutnya, semasa kejadian didapati keadaan kenderaan di lokasi kemalangan bergerak perlahan ekoran faktor kesesakan.

 

Jelas beliau, perlanggaran dipercayai berlaku ekoran masalah pada sistem brek lori yang tidak berfungsi dengan baik.

 

Justeru itu, katanya, pihak polis menahan pemandu lori yang merupakan rakyat tempatan berusia 34 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Tambahnya, semakan mendapati pemandu berkenaan mempunyai 13 rekod saman lampau yang telah dijelaskan dan berdasarkan ujian alkohol yang dijalankan mendapati negatif.

 

Video di bawah:

 

https://youtube.com/shorts/xY8qGgXAwaU?feature=share

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…