Tiada perubahan besar di mana Mazda menghadirkan sistem infotainment baharu dengan skrin bersaiz 8.8 inci bersama fungsi ketersambungan telefon pintar untuk kedua-dua model tersebut, menggantikan sistem sedia ada yang sudah terlalu lama.

Bagaimanapun, seperti model lainnya, skrin infotainment itu masih diposisikan di bahagian atas papan pemuka yang kelihatan menonjol, dan bukan rekaan baharu yang terbina di dalam papan pemuka.
Perubahan baharu itu akan hadir untuk model tahun 2024 bagi pasaran Jepun, namun tidak dapat dipastikan sama ada kemas kini itu akan diterima untuk pasaran global.

Kemas kini sistem infotainment itu menunjukkan bahawa generasi Mazda 2 dan CX-3 sedia ada itu akan berada di pasaran untuk beberapa tahun lagi sebelum ia digantikan dengan generasi baharu.
Dari segi spesifikasi, ia masih kekal tanpa perubahan dan selain sistem infotainment baharu, kedua-dua model juga turut menerima pelbagai kemasan luaran untuk memberikan rupa lebih segar.
