Mazda daftar dua paten baharu - enjin enam silinder sebaris, kotak gear auto lapan kelajuan!

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga kini, Mazda mampu bertahan di pasaran walaupun dengan hanya menggunakan beberapa variasi enjin empat silinder sebaris Skyactiv-G, Skyactiv-D dan Skyactiv-X serta kotak gear Skyactiv-Drive enam nisbah kelajuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berdasarkan penemuan terbaharu yang dibuat oleh Super.Asurada.com, Mazda berkemungkinan besar akan menambah keluarga enjin baharu dengan konfigurasi enam silinder sebaris serta kotak gear automatik dengan lapan nisbah kelajuan. 

 


Laporan ini sebenarnya tidak mengejutkan, kerana sebelum ini Mazda turut dilaporkan sedang membangunkan enjin inline-six untuk kedua-dua keluarga Skyactiv-X dan Skyactiv-D walaupun tiada sebarang perincian diberikan. 

Enjin baharu enam silinder sebaris Skyactiv-X ini difahamkan bakal mendiami ruang enjin Mazda6 generasi baharu yang akan dibangunkan dari platform baharu sepenuhnya. ada jenama-jenama premium yang lain. 

 


Platform ini bakal mengubah Mazda6 menjadi sebuah sedan pacuan roda belakang, sistem mild-hybrid baharu serta turut menampilkan kemaskini terhadap bahasa rekaan Kodo Mazda.

Malah, ia dilihat sebagai satu petanda Mazda kini mensasarkan kedudukannya sebagai sebuah jenama mewah bagi memberikan saingan kepada jenama-jenama premium yang lain. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Selepas berjaya menghasilkan unit penambah jarak rotari dengan rekaan rotor tunggal 8C pada Mazda…