Mazda daftar paten kereta sports RWD dengan teknologi rotari hibrid!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama Mazda menghentikan produksi model RX-8 pada tahun 2012, kini timbul pula berita baharu yang mendakwa pengeluar itu sudah pun mendaftarkan paten kereta sports bernadikan enjin rotari, namun kali ini dengan bantuan teknologi hibrid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti trenkuasa EV dengan unit range-extender (penambah jarak) yang didedahkan oleh Mazda sebelum ini di mana enjin rotari digunakan sebagai unit penjana kuasa, paten terbaharu ini mendedahkan enjin rotari akan digunakan sebagai tenaga penggerak utama dan dibantu oleh motor elektrik.

Malah, paten terbaharu yang ditemukan oleh taku2-4885 ini memberikan gambaran yang jelas bahawa kereta sports terbaharu Mazda ini bakal mempunyai konfigurasi pacuan roda belakang - resepi yang sama digunakan sejak dari model RX-7.
 

rotari

 

Lebih menarik perhatian apabila enjin rotari yang digunakan dalam pendaftaran paten ini menggunakan susunan tiga rotor, di mana kali terakhir Mazda menggunakan susunan ini adalah pada model Cosmo coupe awal 90-an.

Beberapa bulan yang lalu, Mazda telah mendedahkan pendaftaran paten yang menunjukkan reka bentuk sebenar kereta sports pacuan roda belakang, diikuti dengan pendaftaran paten logo R, logo beserta nama e-SKYACTIV R-Energy, e-SKYACTIV R-HEV dan e-SKYACTIV R-EV.

Baca: Paten kereta sports pacuan roda belakang Mazda
Baca: Mazda daftar paten logo R
Baca: Mazda daftar paten log, nama e-SKYACTIV R
Baca: Mazda daftar paten enjin rotari, pacuan roda belakang, E-AWD

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…