MB Kedah - Beri peluang syarikat feri tawar perkhidmatan ke Langkawi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berharap lebih banyak syarikat perkhidmatan feri diberikan peluang menawarkan perkhidmatan ke Pulau Langkawi.

Beliau berkata, kewujudan pelbagai syarikat feri mampu menggalakkan persaingan sihat sekali gus merancakkan sektor pelancongan di pulau legenda tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, isu membabitkan perkhidmatan feri berada di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan dan bukannya kerajaan negeri.

"Saya rasa jikalau lebih banyak persaingan, saya ingat lebih baik perkhidmatan. Patut bukalah (lebih banyak peluang).

"Lebih banyak saingan antara syarikat itu, maka mungkin perkhidmatan akan lebih baik (syarikat) berlumba-lumba untuk memberi servis terbaik kepada penumpang," katanya selepas Majlis Perasmian Wisma KFA di Alor Setar pada Khamis.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas keluhan sebuah syarikat feri yang tidak mendapat peluang untuk memberi perkhidmatan feri di Pulau Langkawi.

Dalam pada itu, Sanusi berpandangan, konsortium feri boleh menjalankan perkhidmatan seperti biasa kepada penumpang, namun syarikat baharu perlu diberi peluang sama.

"Lagi banyak (syarikat) masuk, lebih baik (dan) lebih rancak. Servis akan lebih baik. Masing-masing akan cari penyedia perkhidmatan terbaik," katanya.

gambar hiasan

Menurut Sanusi, sebarang perkhidmatan baharu dan bermanfaat harus diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Sebagai contohnya, kata beliau, perkhidmatan teksi laut yang boleh membantu orang ramai terutamanya pada waktu kecemasan.

"Mungkin penumpang sedikit (dan) tambang mahal. Tetapi, ada orang boleh naik (sebab) dia terdesak, dan perlu cepat. Jadi, ambil teksi laut," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Left Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid menegaskan, konsortium tidak pernah mencampuri urusan mana-mana syarikat feri yang ingin masuk ke Langkawi.

"Begitu juga dengan Jabatan Laut Malaysia. Kami tidak ada kaitan dengan perkara ini," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial pantun dimuat naik sebuah syarikat feri yang berhasrat menjalankan perkhidmatan sekali gus menyelesaikan masalah mutu dan jadual feri ke Pulau Langkawi itu.

Bagaimanapun, syarikat yang telah beroperasi selama lama lapan tahun dan mempunyai sijil berkaitan dipercayai tidak dapat menjalankan perkhidmatan feri disebabkan syarat-syarat ditetapkan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Dalam satu pautan Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang dikongsikan syarikat berkenaan, Sani…
Informasi
  “Pihak pengurusan feri mengambil inisiatif membantu kerajaan untuk memudahkan orang ramai pulang…
Berita Domestik
  Operasi memindahkan penumpang feri Express Bahagia 98 yang terkandas di perairan Kuala Kedah…