McLaren 720S Spider rasmi dilancarkan - bermula dari RM1.21 juta

oleh Mohamad Hanif|
Supercar mewah berprestasi tinggi, McLaren 720S Spider akhirnya membuat kemunculan rasmi di Malaysia menyusuli beberapa buah model yang lain seperti 570S Coupe, 570S Spider, 600LT Coupe, 600LT Spider dan 720S Coupe.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti supercar McLaren yang lain, 720S Spider baharu ini mempunyai struktur gentian karbon utama Monocage II-S yang lebih kuat, ringan dan lebih rigid. 

Namun, struktur yang paling unik sudah semestinya seksyen belakang untuk memuatkan bumbung yang boleh dilipat (Retractable Hard Top). 
 


Struktur header line di atas cermin hadapan juga telah dinaiktaraf bagi mengintegrasikan mekanisma penguncian pusat (central latching), dan sistem operasi lipatan membolehkan bumbung dibuka dalam masa 11 saat sahaja, lebih pantas dan lebih senyap berbanding 650S Spider.
 
Memasuki ruang kabin kini lebih menyenangkan terima kasih kepada rekaan pintu tanpa rangka bagi memenuhi operasi RHT itu tadi. 

Sistem hiburan Central Infotainment Screen bersaiz  8 inci memaparkan informasi seperti audio, media, sistem navigasi, kawalan iklim dua zon dan ciri-ciri yang lain. 
 


Kembali kepada aspek luaran, McLaren 720S Spider turut didatangkan dengan ciri spoiler belakang aktif bagi menambah atau mengurangkan daya seretan, serta bertindak sebagai brek udara untuk keseimbangan kenderaan ketika kelajuan tinggi. 

Secara keseluruhannya, 720S Spider 49 kg lebih berat berbanding kembarnya 720S Coupe, namun ia masih merupakan mempunyai berat 1,332 kg, antara yang teringan di dalam kelasnya. 

Ia memberikan asas kepada dinamik kenderaan, prestasi dan keberkesanan yang mampu memberikan pemanduan yang lebih menyeronokkan.
 


Tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu Comfort, Sport, dan Track yang dibantu secara mekanikalnya oleh sistem stereng elektro-hidraulik yang memberikan kawalan dan respon yang lebih jitu. 

McLaren 720S dikuasakan oleh nadi V8 4.0 liter M840T turbo berkembar yang mampu menjana 710 kuasa kuda dan 770 Nm daya kilas. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi Seamless Shift Gearbox (SSG) tujuh nisbah kelajuan, memberikan pecutan sepantas 2.9 saat dari pegun ke 100 km/j. 
 


Kuasa pemberhentian yang ditawarkan dari 100-0 km/j pula mampu mencapai jarak sejauh 30 meter sahaja, dan 200-0 km/j pada jarak 118 meter. 

Melengkapi gaya sebuah McLaren ialah rim aloi forged 10 batang yang dibaluti tayar Pirelli P Zero direka untuk keseimbangan prestasi, cengkaman dan keselesaan. 

Manakala untuk mereka yang lebih serius, terdapat tayar Pirelli P Zero Corsa yang boleh dipilih tanpa kos tambahan, manakala tayar seperti Pirelli SOTTOZERO dan Pirelli TROFEO R juga boleh didapati dari pengedar. 

Harga jualan McLaren 720S Spider bermula dari RM1,218,000 atas jalan tanpa insurans dan cukai berkaitan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebalik rupa paras yang hampir serupa itu, McLaren 750S membawakan nadi bentangan V8 4.0 liter…
Berita Global
  Dari segi pencapaian, 720S GT3 memenangi perlumbaan seperti Asian Le Mans Series, IMSA…
Berita Global
McLaren sebelum ini pernah berkolaborasi dengan Gulf di dalam Formula One dan Can-Am dari tahun…