Mekanik maut ditikam pelanggan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemilik bengkel motosikal maut akibat ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 petang, di Titi Serong, dekat sini hari ini.

Mangsa yang berusia 43 tahun ditikam oleh seorang suspek lelaki di bengkelnya. Difahamkan, mangsa  dirawat di Hospital Parit Buntar sebelum meninggal dunia.

Ketika kejadian isteri mangsa berada di pekan Parit Buntar membeli barang manakala anak mangsa yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah, sedang makan tengah hari di bahagian belakang dalam bengkel tersebut.

Mangsa dikatakan mengusahakan bengkel motosikal di premis itu lebih 20 tahun.

Sementara itu, setakat ini polis belum memberi pengesahan atau mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Utusan

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada terus memperkenalkan insentif bagi merapatkan jurang harga antara EV dan kereta ICE…
Berita Domestik
Dalam masa yang sama, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Tam menyarankan Proton untuk terus…
Berita Domestik
  Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang…