"Setahu saya, kerja turapan mengikut SOP sedia ada. Sekurang-kurangnya kita ada sistem yang sepatutnya di KKR dan Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya selepas meninjau lokasi kemalangan, pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan seorang kerani maut digilis treler selepas terjatuh sebaik motosikal ditunggangnya terlanggar lubang.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika lelaki berusia 37 tahun itu dalam perjalanan dari Shah Alam ke tempat kerjanya di Pelabuhan Utara, dekat sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie, dilaporkan berkata siasatan awal mendapati mangsa cuba memotong sebuah lori sebelum terlanggar lubang dan tercampak ke atas jalan.
Mangsa kemudian digilis treler yang membawa muatan tiang batu dari arah sama danbut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut Nanta Linggi lagi, rakyat diminta membuat laporan menggunakan aplikasi MyJalan sekiranya mengetahui lokasi jalan yang rosak supaya tindakan lanjut diambil dengan kadar segera.