Mercedes-AMG C 63 S & C 63 S Coupe - 510 hp/700 Nm, harga dari RM768,888

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada Mercedes-AMG GT 4 Door Coupe, Mercedes-Benz membawakan dua lagi model di bawah lencana AMG iaitu Mercedes-AMG C 63 S dan Mercedes-AMG 63 S Coupe. 

Kedua-dua jentera ini dikuasakan oleh enjin 4.0 liter bentangan V8 dengan kuasa setinggi 503 hp dan daya kilas 700 Nm. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi AMG Speedshift MCT sembilan kelajuan yang didatangkan dengan mod pemanduan AMG Dynamic Select seperti Comfort, Sport, Sport+, Slippery, Individual dan mod Race yang eksklusif untuk generasi baharu AMG C 63 S dan C 63 S Coupe. 
 


Dari segi pecutan, kedua-dua jentera ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat (C 63 S Coupe) dan 4.0 saat (C 63 S) dan kelajuan tertinggi dicatatkan sekitar 290 km/j. 

Penggunaan sistem ekzos prestasi AMG Performance memberikan identiti bunyi yang tersendiri kepada kedua-dua jentera ini, dan ia boleh ditukar dengan hanya satu sentuhan butang sahaja bergantung kepada mod pemanduan. 

Memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang ketika sedang menikmati kelajuan ialah sistem ENERGIZING comfort control yang menggunakan pelbagai ciri spesifik di dalam kenderaan seperti pendingin hawa, posisi tempat duduk, pencahayaan dan mood muzik. 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Mercedes-AMG C 63 S dan Mercedes-AMG C 63 S Coupe. 

Mercedes-AMG C 63 S


Enjin: 4.0L bentangan V8 turbo 
Kuasa: 503 hp/700 Nm
Transmisi: 9G-TRONIC sembilan nisbah kelajuan
Pecutan: 4.0 saat 0-100 km/j
Halaju maksimum: 290 km/j
Harga: RM768,888

Mercedes-AMG C 63 S Coupe


Enjin: 4.0L bentangan V8 turbo 
Kuasa: 503 hp/700 Nm
Transmisi: 9G-TRONIC sembilan nisbah kelajuan
Pecutan: 3.9 saat 0-100 km/j
Halaju maksimum: 290 km/j
Harga: RM820,888

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dari segi kuasa, AMG CLE53 Cabriolet turut menggunakan nadi M256M 3.0 liter 6 silinder sebaris…
Sukan Bermotor
Kemenangan itu juga memberikan pasukan baharu dari Malaysia, Racing Aurora kemenangan pertama Kelas…
Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…