Mercedes-AMG CLE53 Cabriolet 2025 rasmi - Nadi 6 silinder sebaris, 443 HP, 600 Nm

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah memperkenalkan AMG CLE 53 Coupe 2024 pada hujung tahun lalu, Mercedes-Benz kini memperkenalkan Mercedes-AMG CLE53 Cabriolet 2025.

Dari segi kuasa, AMG CLE53 Cabriolet turut menggunakan nadi M256M 3.0 liter 6 silinder sebaris turbo yang menghasilkan 443 HP dan 560 Nm.

 

3

 

Kuasa itu disalurkan kepada sistem pacuan semua roda 4MATIC+ menerusi transmisi automatik DCT 9 kelajuan, bersama sistem hibrid ringan 48V yang mampu melonjakkan daya kilas sehingga 600 Nm.

Pecutan pula sedikit perlahan berbanding versi Coupe, di mana 0-100 boleh dicapai dalam masa 4.1 saat dengan kelajuan tertinggi kekal dihadkan pada 250 kmj.

 

2

 

Selain bumbung yang boleh dibuka, bahagian luaran AMG CLE53 Cabriolet kekal sama seperti AMG CLE 53 Coupe dengan badan yang lebih lebar berbanding model asas.

CLE53 juga didatangkan dengan casis yang diperkukuh untuk membantu mengatasi kehilangan bumbung tetap, di samping sistem suspensi AMG Ride Control secara standard.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, ia bukan sekadar sebuah jentera konsep biasa, tetapi sebuah projek dua dalam satu yang…
Berita Global
Imej baharu yang didedahkan menunjukkan kabin model ini direka dengan pendekatan digital sepenuhnya…
Berita Global
Enjin 3.0L Inline-Six Lebih Berkuasa Di bawah bonet, GLC 53 kini menggunakan enjin…