Mercedes-AMG CLE 53 Coupe 2024, nadi inline-6, 443 hp, 600 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa bulan CLE-Class dilancarkan secara rasmi, Mercedes-Benz membawakan versi talaan AMG yang bakal mendarat di pasaran Amerika pada tahun depan, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 Coupe 2024.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penampilan, CLE 53 AMG ini membawakan dimensi fender depan dan belakang yang lebih lebar (+2.3 inci depan, +3.0 inci belakang), jeriji hadapan Panamericana, bukaan liang udara bampar yang lebih agresif, serta empat tip ekzos pada bahagian belakang.
 

AMG


Secara standard, CLE 53 datang dengan rim bersaiz 19 inci, dan boleh dinaiktaraf kepada rim 20 inci secara pilihan.

Untuk penampilan yang lebih bergaya, terdapat AMG Performance Studio Package yang menambah spoiler dan diffuser belakang, diikuti dua lagi pakej AMG Night dan dua pakej AMG Carbon Fiber.

Susun atur papan pemuka CLE 53 pula adalah hampir sama dengan model CLE standard, sebelum diserikan dengan balutan MB-Tex/mikrofiber dan jahitan kontras merah, tali pinggang keledar merah, serta tempat duduk bucket AMG Performance Seat.
 

AMG


Mercedes-AMG CLE 53 Coupe ini tampil dengan enjin enam silinder sebaris M256M 3.0 liter turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 443 hp dan 560 Nm, sementara fungsi overboost daripada sistem hibrid ringan 48 voltan pula mampu melonjakkan angka daya kilas kepada 600 Nm dalam tempoh 12 saat.

Enjin inline-6 itu telah diberikan kemaskini seperti kebuk pembakaran yang dioptimasikan, saluran masuk dan keluar yang direka semula, cincin omboh baharu, serta pengecas turbo gas ekzos yang lebih besar untuk peningkatan boost kepada 22 psi.

Kuasa itu tadi disalurkan kepada sistem pacuan semua roda 4MATIC+ menerusi transmisi AMG Speedshift TCT 9G.
 

AMG


Pecutan 0-96 km/j boleh dicapai dalam masa 4.0 saat sahaja, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j yang dihadkan secara elektronik.

Sistem brek pula terdiri daripada angkup empat omboh dan rotor depan sebesar 14.6 inci, diikuti angkup omboh tunggal dan rotor bersaiz 14.2 inci.

Bukan itu sahaja, CLE 53 AMG juga dilengkapi dengan sistem stereng gandar belakang yang membolehkan sudut roda belakang diubah sehingga 2.5 darjah yang dapat membantu mencapai kestabilan pada kelajuan melebihi 100 km/j.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…