Mercedes-AMG GLC 63 S E Performance muncul, kuasa setinggi 671 hp, 1,020 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz melengkapkan lagi penawaran model SUV GLC-Class generasi kedua dengan kehadiran varian berprestasi tinggi AMG, iaitu GLC 43 dan GLC 63 S E Performance.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Senang cerita, kedua-dua varian terbaharu ini merupakan model GLC yang paling berkuasa pernah dihasilkan.

Dari segi luaran, GLC 43 dan GLC 63 AMG ini boleh dibezakan menerusi kehadiran jeriji unik, rekaan bampar serta rim yang lebih agresif.
 

GLC


Sementara di bahagian belakang, GLC 43 mendapat tip ekzos berbentuk bulat manakala GLC 63 pula mendapat tip berbentuk trapezoid.

Susun atur ruang kabin adalah sama sahaja, melainkan dengan penggunaan bahan standard seperti MB-tex dan mikrofiber, atau opsyen balutan kulit Nappa penuh dengan logo timbul AMG pada perehat kepala.

Terdapat juga pilihan untuk naik taraf tempat duduk Performance yang lebih sporti.
 

GLC


Sistem MBUX yang sama turut dipadankan pada model GLC AMG ini, di mana ia dilengkapi dengan ciri tambahan spesifik AMG seperti grafik khas, dan fungsi AMG Track Pace.

Varian asas GLC 43 dikuasakan oleh nadi 2.0 liter turbo 416 hp yang dipadankan dengan sistem penjana pemula bersepadu (ISG) yang menyumbang ekstra 13 hp.

Sistem hibrid ringan itu kemudian dipadankan dengan transmisi Speedshift MCT sembilan nisbah kelajuan, dan sistem pacuan semua roda 4MATIC secara standard.
 

GLC


Bukan itu sahaja, GLC 43 turut mendapat ciri stereng gandar belakang, serta sistem suspensi udara dengan peredam adaptif yang menjadi sebahagian daripada AMG Ride Control.

Beralih kepada varian yang lebih bertenaga, GLC 63 S E Performance turut mendapat nadi 2.0 liter turbo (469 hp/545 Nm), akan tetapi dipadankan dengan motor elektrik (201 hp) pada gandar belakang.

Kuasa keseluruhan yang mampu dihamburkan oleh GLC 63 adalah sekitar 671 hp dan 1,020 Nm yang disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi MCT yang serupa.
 

GLC


Sistem 4MATIC+ membolehkan 100 peratus kuasa disalurkan terus kepada gandar belakang.

Buat masa ini, tiada sebarang tanda harga diumumkan, namun yang pasti ia akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat menjelang awal tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…