Mercedes-Benz dan rakan kongsi runcitnya capai persetujuan untuk pelaksanaan model agensi di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini telah mencapai persetujuan dengan rakan kongsi runcit bagi memperkenalkan model agensi untuk jualan langsung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz Malaysia telah mencapai persetujuan dengan rakan kongsi runcitnya bagi pelaksanaan model agensi untuk operasi jualan kenderaannya di Malaysia.

Menurut Mercedes-Benz Malaysia, ianya bertujuan untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang terbaik, selaras dengan keperluan pelanggan yang berubah dalam era digital.

Rakan kongsi runcitnya akan terus mewakili Mercedes-Benz sebagai pakar dan duta jenama di seluruh rangkaian runcit jenama itu.

Pengenalan model agensi bertujuan untuk membawa proses pembelian yang lancar kepada pelanggan dengan satu harga terbaik yang ditawarkan untuk model pilihan mereka.

Ia turut menawarkan pelanggan lebih kebebasan untuk memilih daripada inventori nasional tanpa mengira lokasi atau saluran.

Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata “Kami teruja untuk berkongsi satu peristiwa penting dalam misi kami bagi mengukuhkan kesetiaan pelanggan kepada jenama Mercedes-Benz."

"Melalui perkongsian rapat dengan rakan kongsi runcit kami yang dihormati, kami akan bersama-sama mengambil langkah seterusnya ke arah merevolusikan model jualan kami."

"Sebagai yang pertama di rantau ini untuk melaksanakan model agensi jenama itu, kami yakin lonjakan transformatif ini akan terus meningkatkan kehadiran jenama kami dan memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa."

Naib Presiden Jualan & Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Bettina Plangger turut berkata, “Kemajuan ini didorong oleh perubahan dalam tingkah laku pelanggan dalam era digital."

"Kami mahu membuatnya semudah mungkin untuk pelanggan kami berinteraksi dengan kami. Tidak kira sama ada ia digital atau fizikal. Model agensi menyokong kami dalam menghubungkan semua titik hubungan dengan lancar.”

Sebagai yang pertama di rantau ini, pelaksanaan di Malaysia dijangka pada bulan September 2023.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…