Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC SUV 2024, 408 hp, 858 Nm, jarak gerak 552 km, dari RM485,888

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran model EQS SUV dua bulan lepas, Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan model EQ terbaharu untuk pasaran tempatan, iaitu Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC SUV 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kehadiran model baharu itu dilihat mampu melengkapkan lagi penawaran barisan model EV Mercedes-Benz Malaysia yang sedia ada.

Berbanding EQS SUV, EQE SUV membawakan ukuran dimensi yang lebih kecil, dengan ukuran panjang 4,863 mm, lebar 1,940 mm, tinggi 1,686 mm, serta jarak antara roda yang lebih pendek.
 

eqe


Untuk pasaran Malaysia, EQE SUV hanya ditawarkan dalam satu varian tunggal, iaitu EQE 500 yang menampilkan motor elektrik berkembar berkuasa 408 hp dan 858 Nm.

Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 4.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 210 km/j.

Pek bateri berkapasiti 90.6 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 552 km untuk sekali cas penuh (data WLTP).
 

eqe


EQE SUV ini menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW, di mana pengecasan 0-100 peratus boleh diselesaikan dalam masa 4 jam 45 minit, atau pengecasan DC 170 kW dengan masa pengecasan 0-80 peratus dalam masa 32 minit.

EQE 500 4MATIC SUV ini membawakan kemasan luaran AMG Line, rim aloi AMG bersaiz 21 inci, kemasan bintang Mercedes pada jeriji hadapan, DIGITAL LIGHT dengan bantuan Adaptive Highbeam Assist Plus, serta tempat pemijak sisi gaya aluminium.

Selain daripada sistem gantungan AIRMATIC adaptif, EQE SUV ini juga turut dilengkapi dengan sistem stereng gandar belakang untuk membantu pengendalian yang lebih meyakinkan dalam apa jua julat kelajuan.
 

eq


Sementara ruang kabin pula membawakan susun atur yang hampir sama dengan model EQE Sedan, dengan kelengkapan seperti skrin kluster digital, skrin infohibur dengan sistem multimedia MBUX, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem bunyi keliling Dolby Atmos & Burmester 3D, dan skrin paparan head-up sebelum diakhiri dengan kemasan kayu magnolia liang terbuka dan corak aluminium bintang Mercedes.

Elemen sporti AMG Line turut menguasai ruangan tersebut, diikuti dengan pemasangan tempat duduk Sports, alas lantai AMG, roda stereng sports balutan kulit nappa, dan paddle shifter bergalvani.

Ciri lain termasuklah sistem pencahayaan ambien aktif, kawalan iklim automatik, pakej Acoustic Comfort, slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, sokongan pengimbas cap jari, pakej ENERGIZING dan AIR BALANCE.
 

eq


Ciri keselamatan yang dimuatkan pada EQE SUV ini termasuklah Driving Assistance Package Plus, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Lane Keeping Assist, sistem PRE-SAFE, kamera 360 darjah, Active Parking Assist with PARKTRONIC, serta bonet telus pandang.

Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC SUV 2024 dijual pada harga bermula dari RM485,888, atau ansuran bulanan serendah RM3,988 dengan menggunakan pembiayaan Step Up Agility+ Plan.

Mercedes-Benz Malaysia turut menawarkan kredit RM900 JomCharge dengan setiap pendaftaran Agility+.

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…