Mercedes-Benz eSprinter 2024 - van kargo berkuasa elektrik, jarak gerak 400 km, dari RM334k di USA

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz kini menawarkan van kargo berkuasa elektrik versi bumbung tinggi eSprinter 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi dimensi, van tinggi ini membawakan ukuran jarak antara roda sepanjang 4,318 mm, keupayaan membawa muatan seberat 1,190 kg dan ruang barangan sebesar 13,819 liter.

Melihatkan peranannya sebagai sebuah van penghantaran barang, ia tidak mendapat kelengkapan moden yang menyeluruh seperti model van penumpang.
 

esprinter


Antara perkakasan standard yang wujud pada van panel ini termasuklah kawalan jelajah dan tempat duduk fabrik dengan fungsi pemanas.

Pembeli juga boleh mendapatkan opsyen seperti pintu gelangsar sisi berkuasa, rim aloi bersaiz 16 inci, tempat duduk balutan kulit palsu, roda stereng dengan fungsi pemanas, serta cermin pandang belakang digital.

Terdapat juga sistem infohibur MBUX yang boleh diakses menerusi skrin sebesar 10.25 inci dengan fungsi spesifik EV, seperti paparan laluan trafik yang optimum, strategi pengecasan terbaik di lokasi destinasi serta penentuan kapasiti pengecasan di destinasi.
 

sSprinter


Dari segi kuasa, eSprinter 2024 didatangkan dengan motor elektrik pacuan roda belakang berkuasa 134 hp dan 400 Nm, atau naik taraf kepada motor berkuasa 201 hp dengan tambahan kos $3,430.

Pek bateri lithium iron phosphate berkapasiti 113 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 400 km - cukup untuk penghantaran barang jarak dekat dan sederhana.

Pek baateri itu boleh dicas 0-100 peratus dalam tempoh 12.5 jam menggunakan wallbox 32A/240V, atau menerusi pengecasan pantas DC 50 kW.
 

eSprinter


Terdapat opsyen naik taraf kepada pengecasan 115 kW di mana bateri boleh dicas 10-80 peratus dalam masa 40 minit sahaja.

eSprinter mempunyai sehingga tiga program pemanduan dan lima tahap pemulihan tenaga, di mana ia mampu mengoptimumkan kadar penggunaan tenaga elektrik dan jarak pemanduan berdasarkan keadaan trafik semasa, serta menentukan tahap pemulihan tenaga berdasarkan data yang diperoleh daripada penderia radar.

Harga jualan Mercedes-Benz eSprinter bermula dari $71,886 (RM333,659).

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honda N-VAN e: 2024 mampu bergerak sejauh 210 km (datal WLTC…
Berita Global
Jika dibandingkan dari segi ukuran, Wuling E10 ternyata mampu menjadikan kereta-kereta kei nampak…
Berita Global
Kerjasama tersebut bakal menyaksikan Toyota, Suzuki dan Daihatsu membangunkan sebuah sistem BEV…