Mercedes-Benz Malaysia catat kenaikan 9% dengan rekod jualan 13,079 unit pada tahun 2018

oleh SALINA JALIL|
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mencatatkan jualan rekod tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sepanjang tahun 2018, MBM telah melancarkan 20 model kenderaan terkini dan berjaya menjual sebanyak 13,079 unit kenderaan di Malaysia dengan peningkatan sebanyak 9% berbanding 2017.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MBM turut mengakui bahawa dalam tempoh sifar GST selama tiga bulan tahun lepas, peningkatan jualan adalah pada kadar tertinggi dan mencatatkan jualan paling tinggi sebanyak 1,750 unit. 

 

Dalam subjek pasaran MBM pula, kadar perkongsian berada pada tahap 2.4% dan ini telah meletakan jenama Mercedes-Benz di tangga teratas sebagai jenama mewah nombor satu di Malaysia.

 

Barisan Dream Cars, iaitu himpunan kereta-kereta sport mewah merupakan segmen yang merekodkan pertumbuhan tertinggi dengan pertumbuhan sebanyak 77% bersamaan unit jualan sebanyak 662. Bagi model-model SUV pula, model GLC 200 dan GLS 250 merupakan penyumbang utama dengan unit yang terjual adalah sebanyak 2,613, peningkatan sebanyak 0.5% berbanding tahun 2017.
 

 

Dalam segmen kereta kompak pula, MBM mengumumkan bahawa terdapat penurunan sebanyak 7.7% berbanding tahun lalu, dengan hanya 1,875 unit terjual. Walau bagaimana pun, dalam segmen limosin/sedan pemasangan tempatan  pertumbuhan lebih positif, dengan peningkatan sebanyak 12% iaitu jualan sebanyak 7,910 unit.

 


MBM turut mengumumkan bahawa sepanjang 2018, peningkatan jumlah kenderaan yang diservis juga telah meningkat iaitu sebanyak 16% berbanding 2017 dengan angka 148,800 unit.

 

Di kilang pemasangan MBM di Pekan pula, peningkatan pengeluaran adalah sebanyak 9,854 unit dalam tahun 2018. Dan pada bulan Julai. kadar pengeluaran merupakan yang tertinggi dengan sebanyak 1,104 unit dikeluarkan. 

 

Tahun 2018 juga merupakan pertama pengeluaran model AMG pemasangan tempatan seperti model Mercedes-AMG C 43 dan GLC 43.
 

 

Dalam subjek pembiayaan kenderaan syarikat pula, Mercedes-Benz Services Malaysia turut ditingkatkan dengan jumlah pembiayaan sehingga RM2.7 bilion merangkumi 18,000 pelanggan aktif, dengan peningkatan sebanyak 23% berbanding tahun sebelumnya. Ini membawa maksud bahawa lima dari 10 unit kenderaan Mercedes-Benz yang dijual telah diinsuranskan di bawah Mercedes-Benz Finance dan empat daripada 10 kenderaan yang dijual dibiayai oleh syarikat ini sendiri.

 

MBM turut menyatakan bahawa resepi kejayaan mereka adalah sentiasa mengutamakan pelanggan mereka dan untuk tahun 2019 ini, terdapat beberapa lagi model baharu yang akan dilancarkan dan samada ia akan menyamai 20 model baharu seperti pada tahun 2018 atau tidak, sama-sama kita nantikan!

 

mercedes

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…