Mercedes-Benz Malaysia iktiraf pencapaian rakan pengedar melalui anugerah Dealer of the Year 2022

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bagi menghargai rangkaian pengedarnya, Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini telah mengadakan majlis anugerah Dealer of the Year 2022 untuk mengiktiraf setiap rakan pendedar mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis anugerah itu diadakan bagi mengiktiraf pengedar yang cemerlang dalam operasi mereka memberikan Pengalaman Pelanggan Terbaik, dimana Hap Seng Star Kinrara telah membawa pulang anugerah Dealer of the Year 2022 yang diidamkan.

Anugerah itu terdiri daripada tujuh kategori, antaranya ialah:

  • Terbaik dalam Perkhidmatan Pelanggan
  • Terbaik dalam Perkhidmatan Kewangan
  • Terbaik dalam Kecemerlangan Perniagaan
  • Terbaik dalam Jualan
  • Terbaik dalam Penilai 5 Bintang Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI)
  • Pengedar Paling Meningkat
  • Pengedar Terbaik 2022 (Dealer of The Year 2022)

Kemuncak majlis itu disudahi dengan penyampaian anugerah Dealer of the Year 2022 kepada Hap Seng Star Kinrara yang memperoleh skor tertinggi diantara semua pengedar.

Manakala 6 lagi anugerah diterima oleh pengedar:

  • NZ Wheels Bangsar/KL Northeast (Pengedar Paling Meningkat dan Terbaik dalam Perkhidmatan Kewangan)
  • Hap Seng Star Melaka (Terbaik dalam Jualan)
  • Cycle & Carriage N-Juru/Bukit Tengah (Terbaik dalam Kecemerlangan Perniagaan)
  • Hap Seng Star Setia Alam (Terbaik dalam Perkhidmatan Pelanggan)
  • Hap Seng Star Kota Kinabalu (Terbaik dalam Penilai 5 Bintang Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI))

Mercedes-Benz merupakan jenama premium dengan rangkaian terbesar di pasaran, dengan 31 pengedar sah di seluruh Malaysia

Syarikat asal Jerman itu sentiasa komited bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan menyampaikan produk inovatif untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggannya.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…