Mercedes-Benz Malaysia kenalkan barisan varian EQE 350+ baharu

oleh Firdaus Razani|
Mercedes-Benz Malaysia baharu sahaja melancarkan empat varian Mercedes-Benz EQE baharu bersempena dengan pelancaran Star Elegance, bilik pameran berkonsep gaya hidup pertama mereka di Hap Seng Star Bukit Tinggi, Klang.

Empat varian EQE baharu tersebut adalah;

 

SEDAN

Mercedes-Benz EQE 350+ Electric Art Line

Mercedes-Benz EQE 350+ AMG Line

 

SUV

Mercedes-Benz EQE 350+ SUV Electric Art Line

Mercedes-Benz EQE 350+ SUV AMG Line

 

EQE 350+ Sedan

 

mb
EQE 350+ Electric Art Line

 

Varian asas Mercedes-Benz EQE 350+ Electric Art Line menampilkan bahagian luar dan dalaman Seni Elektrik, rim aloi ringan lima-spoke berkembar 19 inci, upholsteri kulit buatan manusia ARTICO hitam/space grey , Sistem Bunyi Termaju.

 

mb
EQE 350+ Electric Art Line

 

Ia turut didatangkan dengan DIGITAL LIGHT, Pakej Bantuan Pemanduan, trim lampu belakang potongan laser dengan corak Mercedes-Benz, pencahayaan ambien aktif, KEYLESS-GO Comfort Package, dan Pakej Tempat Letak Kereta dengan kamera 360°.

 

mb
EQE 350+ AMG Line

 

Manakala untuk EQE 350+ AMG Line, ia tampil dengan ciri baharu seperti bumbung panoramik, gril dengan corak Mercedes-Benz, rear axle belakang dengan pelarasan sudut stereng sehingga 10°, air suspension AIRMATIC, dan flap soket pengecasan elektrik.

 

mb
EQE 350+ AMG Line

 

Tahap peralatan dan prestasi elektrik ini membolehkan EQE 350+ baharu dengan AMG Line menetapkan penanda aras dalam segmen sedan perniagaan mewah elektrik di Malaysia.

 

mb
EQE 350+ AMG Line

 

Kedua-dua model tersebut didatangkan dengan pek bateri 90.56kWj yang disalurkan kepada motor tunggal untuk memberi kuasa output sehingga 292hp dan 565Nm tork.

Ia turut mampu memecut dari 0-100kmj hanya dalam 6.4 saat dan mencapai kelajuan tertinggi pada 210kmj.

 

mb
EQE 350+ AMG Line

 

Dengan pek bateri tersebut, ia mampu bergerak dengan jarak gerak sehingga 682Km (WLTP) dan mengecas dengan sistem pengecasan AC 22kW dari 0-100% dalam 4 jam 45 minit manakala DC 170kW dari 10-80% hanya dalam 32 minit.

 

EQE 350+ SUV

 

mb
EQE 350+ SUV Electric Art Line

 

Selain dari model sedan, EQE 350+ turut hadir dengan dua pilihan varian SUV, iaitu iaitu Electric Art Line dan AMG Line, dimana model SUV ini paling luas dalam kelasnya.

 

mb
EQE 350+ SUV Electric Art Line

 

Bagi varian EQE 350+ SUV Electric Art Line, ia menampilkan bahagian luaran dan dalaman dengan sport Electric Art, rim aloi lima-spoke 20 inci, pelapis kulit buatan manusia NEOTEX / ARTICO hitam/space grey, lampu belakang dengan Corak Mercedes-Benz, dan Sistem Bunyi Termaju.

 

mb
EQE 350+ SUV Electric Art Line

 

Selain itu, ia dilengkapi dengan DIGITAL LIGHT, Adaptive Highbeam Assist Plus, Driving Assistance Package Plus, Parking Package dengan kamera 360° dan MBUX augmented reality untuk navigasi.

 

mb
EQE 350+ SUV AMG Line

 

Manakala varian EQE 350+ SUV AMG Line, ia tampil dengan ciri yang terdapat pada SUV Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC ketika ini.

 

mb
EQE 350+ SUV AMG Line

 

Antara cirinya adalah seperti bumbung panoramik, suspension AIRMATIC, stereng rear axle, sistem bunyi sekeliling 3D Burmester®, tempat duduk sporty dan rim aloi lima-spoke 20 inci AMG.

 

mb
EQE 350+ SUV AMG Line

 

Kedua-dua model tersebut didatangkan dengan pek bateri 90.56kWj yang disalurkan kepada motor tunggal untuk memberi kuasa output sehingga 292hp dan 565Nm tork.

Ia turut mampu memecut dari 0-100kmj hanya dalam 6.7 saat dan mencapai kelajuan tertinggi pada 210kmj.

 

mb
EQE 350+ SUV AMG Line

 

Dengan pek bateri tersebut, ia mampu bergerak dengan jarak gerak sehingga 596Km (WLTP) dan mengecas dengan sistem pengecasan AC 22kW dari 0-100% dalam 4 jam 45 minit manakala DC 170kW dari 10-80% hanya dalam 32 minit.

Harga untuk kesemua model terbaharu Mercedes-Benz tersebut adalah seperti berikut;

  • Mercedes-Benz EQE 350+ Electric Art Line - RM379,888
  • Mercedes-Benz EQE 350+ AMG Line - RM429,888
  • Mercedes-Benz EQE 350+ SUV Electric Art Line - RM398,888
  • Mercedes-Benz EQE 350+ SUV AMG Line - RM448,888

Menurut CEO Mercedes-Benz Malaysia,Amanda Zhang, model-model ini didatangkan dengan jaminan bateri selama 10 tahun atau lebih 250,000km.

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…