Mercedes-Benz Malaysia umum harga jualan SUV elektrik EQB, EQC - bermula dari RM328,888

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran keluarga baharu Mercedes-EQ pada bulan Julai lalu, Mercedes-Benz Malaysia akhirnya mengumumkan harga jualan rasmi pada dua buah model SUV elektrik, iaitu Mercedes-Benz EQB 350 4MATIC dan Mercedes-Benz EQC 400 4MATIC.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Dengan harga jualan bermula dari RM328,888, Mercedes-Benz EQB 350 4MATIC merupakan sebuah SUV elektrik kompak dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, menawarkan pakej ruang dan praktikaliti yang lebih mesra alam.
 

EQB


Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-Benz EQB 350 4MATIC dilengkapi dengan motor elektrik berkuasa 292 hp dan 520 Nm, pecutan sepantas 6.2 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan maksimum 160 km/j.

Pek bateri berkapasiti 66.5 kWh pula membolehkan jarak operasi sejauh 388-423 km untuk sekali cas penuh.

Baca: Mercedes-Benz EQB 350 4MATIC 2022

 

EQC


Sementara itu, sebuah lagi SUV elektrik Mercedes-Benz EQC dijual pada harga bermula dari RM388,888.

Dari segi kuasa, EQC 400 ini hadir dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 408 hp dan 760 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j sepantas 5.1 saat sebelum mencapai kelajuan 180 km/j.

Pek bateri berkapasiti 80 kWh pula membenarkan EQC mencapai jarak pemanduan sejauh 437 km untuk sekali cas penuh mengikut data WLTP.

Baca: Mercedes-Benz EQC 400 4MATIC 2022

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program lanjutan jaminan ini bakal menambah nilai serta perlindungan menyeluruh, khususnya kepada…
Berita Domestik
Terdapat beberapa perkhidmatan langganan yang ditawarkan untuk tempoh langganan serendah satu tahun…
Berita Domestik
Outlet terbaharu Minsoon Star Seremban Autohaus ini menampilkan konsep pengalaman runcit mewah…