Namun, tahukah anda Mercedes-Benz juga kini sedang membangunkan sebuah SUV rekaan berkotak, namun dalam saiz dan dimensi yang lebih kecil daripada G-Wagen.
Model g-Class (atau Little G) itu didedahkan sewaktu acara pengenalan model Concept CLA-Class bertempat di IAA Munich 2023 baru-baru ini.

Menurut CEO-nya, Ola Källenius menyifatkan tugas itu bukan mudah, memandangkan model baharu itu bakal mempunyai peranan besar yang perlu diisi.
Namun begitu, beliau menambah model kecil G-Wagen itu lebih mudah untuk dikenali selain menawarkan pemanduan yang lebih menyeronokkan baik di atas jalan mahupun di laluan off-road.
Akhbar Jerman Handesblatt sebelum ini pernah melaporkan tentang kehadiran model G-Class yang lebih kecil pada bulan Februari yang lalu, di mana ia akan mula dijual pada tahun 2026 dan berkongsi platform MMA yang sama digunakan pada Concept CLA-Class.
Ini bermakna, tidak seperti model asal G-Class yang menggunakan casis ladder-frame, g-Class serba baharu itu dijangka akan menggunakan casis unibodi.
Laporan itu turut menambah, model Little G ini akan turut ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman, dan tidak terhad kepada versi elektrik semata-mata.