Michelin perkenal saiz tayar trak baharu untuk produk X Multi Z 2

oleh Mohamad Hanif|
Michelin selaku pengeluar tayar terkemuka dunia kini menawarkan pilihan saiz baharu untuk produk tayar kegunaan trak Michelin X Multi Z 2 dengan formula yang dirumus khusus untuk operasi serantau dan lebuh raya.

Michelin X Multi Z 2 ini merupakan antara produk yang menawarkan jangka hayat yang terbaik di dalam pasarannya selain prestasi yang dinaik taraf.

Tiga revolusi teknologi yang diperkenalkan melalui Michelin X Multi Z 2 ini ialah:

 

X Multi Z 2


Regenion - alur tayar yang berlainan bentuk bagi menjamin kadar deformasi bunga tayar yang minimum, sekaligus menyumbang kepada rintangan golekan yang lebih rendah dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Dengan teknik percetakan logam 3D baharu, ia dapat menawarkan kadar cengkaman yang tinggi untuk apa jua keadaan cuaca, selain mengurangkan kadar kehausan dan menyumbang kepada 20 peratus jangka hayat yang lebih panjang.

Infinicoil - lapisan bunga tayar diperkukuh dengan dawai keluli berukuran 400 meter dalam selongsong, bergantung kepada saiz tayar.

Penggunaan dawai keluli ini mampu meningkatkan kadar keteguhan tayar, serta mengoptimumkan kadar sentuhan tayar dengan permukaan jalan, serta kestabilan yang lebih baik sepanjang hayat tayar tersebut.

HT Nylon - meningkatkan ketahanan lekuk tayar bagi membantu mengurangkan kadar kerosakan tayar akibat penggunaan jarak jauh, selain meningkatkan keupayaan retreadibility.

 

X Multi Z 2


Menurut Pengarah Komersial B2B Michelin Malaysia, Muhammad Arya Subrata berkata, "dengan tiga revolusi teknologi yang utama, Michelin X Multi Z 2 ini menawarkan ciri keselamatan bertaraf tinggi buat para pelanggan bersasar kami, selain membantu memenuhi jangka waktu pengangkutan dan kecekapan operasi yang mampu meningkatkan produktiviti dan keberkesanan kos perniagaan masing-masing.

Michelin X Multi Z 2 kini boleh didapati dalam dua saiz baharu iaitu 295/80R22.5, 12R22.5 serta saiz asal 11R22.5. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.michelin.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan berjumlah RM70,000, termasuk ganjaran berupa tayar kereta…
Informasi
Michelin berasal dari Perancis dan ia memulakan perniagaannya dalam tahun 1889, iaitu 131 tahun…
Berita Domestik
  Regenion merupakan teknologi Michelin yang meliputi aluran (grooves) tayar berlainan bentuk bagi…