MINI John Cooper Works (dengan spoiler panjang) dalam misi ke Nürburgring

oleh Muhammad Md Tajudin|
MINI John Cooper Works 24h Nürburgring
MINI John Cooper Works 24h Nürburgring
MINI Cooper mempunyai pelbagai varian, ada untuk pemanduan biasa, membawa barangan dan juga boleh dibelasah di litar lumba.

Varian berprestasi dikenali sebagai MINI John Cooper Works dengan model GP terbaru tampil agresif dan berorientasikan litar lumba.

Apa lagi yang lebih agresif? Model yang dibuat untuk perlumbaan.

Perlumbaan 24 Jam di Nürburgring bakal berlangsung pada Mei depan dan sebuah MINI John Cooper Works (JCW) akan mengharungi cabaran yang memasuki edisi ke-50.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
MINI John Cooper Works 24h Nürburgring

 

Kali terakhir JCW berlumba di Perlumbaan 24 Jam Nürburgring adalah sepuluh tahun lalu.

Unit yang digunakan ini luar biasa, lihat sahaja pada spoiler belakang! 

Projek ini sebenarnya telah dilancarkan pada September 2021 di Bulldog Racing yang berada tidak jauh dari Nordschleife.

Nadi kepada unit ini ialah enjin 2.0 liter turbo sama seperti MINI JCW Clubman dan JCW Countryman berkuasa 306 hp dan tork 450 Nm.

 

MINI John Cooper Works 24h Nürburgring

 

Transmisi Steptronic lapan kelajuan menggunakan kunci pembeza mekanikal (mechanical differential lock) dengan locking effect sehingga 70 peratus supaya daya kilas dibahagikan secara optimum.

Sistem ekzos pula menggunakan pengubah bermangkin (catalytic converter) jenis perlumbaan.

Satu yang menarik ialah komponen brek diambil dari BMW M Performance.

Pada bahagian dalam, rangka perlumbaan buatan khas dipasang dan kapasiti tangki minyak ditambah kepada 100 liter.

Berat kereta turut dikurangkan di antaranya melalui penggunaan cermin polikarbonat Makrolon®.

 

MINI John Cooper Works 24h Nürburgring

 

Dari segi pengendalian pula seperti biasa menggunakan suspensi lumba boleh laras untuk lantunan (rebound) dan mampatan redaman (compression damping).

Kesemua komponen casis dan suspensi yang bergerak pula menggunakan galas (bearing) jenis uniball yang diperkukuhkan.

Pada bahagian luar, paling menyerlah ialah spoiler boleh laras dengan bahagian bawah ditutup sepenuhnya selain spoiler depan dan peresap (diffuser) belakang.

Kesemua ini bagi membantu di dalam prestasi aerodinamik di Nürburgring dan dari gambar boleh dirasakan kereta ini melekat di atas litar!

Skema warna putih merah dibuat untuk memperingati warisan perlumbaan klasik MINI era 60-an.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

MINI John Cooper Works 24h Nürburgring

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti yang Careta laporkan sebelum ini Audi perkenal Audi RS e-tron GT performance dan…
Pelancaran
Dijana dengan enjin 4.0 liter biturbo bentangan V8 TFSI, Audi RS Q8 ini mampu menghamburkan kuasa…
Berita Global
Sudah pasti kita akan merasa bangga apabila kereta ini mendapat tempat di hati masyarakat…