Menurutnya, kerajaan telah berbincang dengan Proton dan Perodua untuk memperkenalkan kenderaan EV keluaran tempatan menjelang 2025. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana ia akan dicapai.
Proton yang bekerjasama dengan Geely, pembuat kereta nasional dengan mudah akan memanfaatkan barisan model EV pengeluar kereta China itu untuk dipasang secara tempatan; yang akan memenuhi kriteria CKD EV.
Bagi Perodua pula, mereka telah pun menunjukkan kepada konsep gambaran kenderaan elektriknya dengan konsep Perodua EMO EV, yang bermaksud Electric Motion Online baru-baru ini.
Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi tentang reka bentuk Proton atau Perodua EV, walaupun kedua-dua syarikat tersebut mempunyai sumber untuk merealisasikannya.
Kita hanya perlu menunggu sehingga 2025 dan yang paling penting apakah harga yang bakal ditawarkan nanti!