Mitsubishi bakal henti jual Mirage sedan, hatchback di Amerika 2025

oleh Mohamad Hanif|
Di dalam era di mana populariti crossover dan SUV yang semakin meningkat, ada beberapa pasaran yang terpaksa menyaksikan pengguguran model tertentu disebabkan angka jualan yang semakin merudum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Amerika Syarikat, laman Automotive News mendedahkan model sedan dan hatchback segmen B Mitsubishi Mirage generasi keenam itu akan digugurkan daripada senarai jualan menjelang tahun 2025.

Selain daripada faktor terlalu berusia, angka jualan Mirage sepanjang separuh pertama tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 44 peratus, dan untuk tahun 2022, permintaan terhadap model tersebut menurun sebanyak 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.
 

XForce


Laporan itu turut mendakwa model Outlander Sport akan digantikan oleh model crossover kecil XForce yang baharu sahaja diperlihatkan di GIIAS 2023.

Dengan kemunculan model baharu XForce, ia secara tidak langsung akan menjadi model aras mula untuk portfolio produk Mitsubishi di Amerika Syarikat sekiranya model Mirage dihentikan penawarannya secara rasmi.

Mitsubishi Mirage generasi keenam telah pun berada di pasaran sejak dari tahun 2012 lagi, dan sepanjang tempoh tersebut sehinggalah sekarang, Mitsubishi telah memperkenalkan model facelift sebanyak dua kali, kali terakhir adalah pada tahun 2021.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…