Mitsubishi dedah model misteri, bakal muncul di Japan Mobility Show 2023

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors bakal mengejutkan pengunjung Japan Mobility Show 2023 yang akan berlangsung bulan depan dengan kehadiran model konsep yang direka untuk aktiviti luar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi gambar teaser yang dibekalkan, model misteri itu membawakan ciri seperti logo Mitsubishi dan lampu LED berbentuk T, diikuti dengan sepasang set lampu tambahan menegak di bahagian bawah.

Keupayaan untuk bergerak ke mana jua destinasi mencadangkan model ini merupakan sebuah kenderaan all-terrain dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi.

Selain itu, kelibat enam orang yang sedang berjalan keluar dari kenderaan itu memberikan petunjuk ia sebuah model yang mampu memuatkan enam orang penumpang pada satu-satu masa, dengan kapasiti kargo yang besar.

Terdapat kemungkinan model baharu ini bakal membawakan elemen-elemen yang wujud pada model-model Mitsubishi sedia ada seperti Pajero (keupayaan off-road), Delica D:5 (ruang dalam yang selesa) dan Outlander PHEV (kemudahan vehicle-to-load semasa di luar grid).

Untuk tahun ini, Japan Mobility Show (nama lama Tokyo Motor Show) akan berlangsung di Tokyo Big Sight bermula 26 Oktober hingga 5 November 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…
Berita Global
Mitsubishi Minicab EV 2024 Jepun   Sejak dilancar di Jepun pada Disember 2011 dan sehingga…