Mitsubishi Motors henti produksi kenderaan, keluar dari pasaran China - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Persaingan yang kuat daripada jenama tempatan, serta populariti EV yang semakin meningkat membuatkan Mitsubishi Motors terpaksa membuat keputusan sukar - menghentikan segala produksi kenderaan di Tanah Besar China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan asal daripada Nikkei Asia, syarikat itu kini sedang melakukan perbincangan akhir dengan GAC untuk keluar daripada syarikat kerjasama GAC Mitsubishi Motors.

Selain Mitsubishi, pengeluar Jepun seperti Nissan akan turut mengkaji strategi perniagaan mereka.

GAC Mitsubishi Motors mempunyai satu-satunya kilang pengeluaran yang terletak di Wilayah Hunan, di mana produksi kenderaan telah pun terhenti pada bulan Mac dan operasinya tidak akan diteruskan.
 

MITU


Syarikat GAC yang mempunyai 50 peratus pegangan di dalam GAC Mitsubishi dijangka akan menggunakan fasiliti kilang sedia ada untuk pengeluaran EV.

Sepanjang tahun 2022, Mitsubishi sekadar menjual 38,550 unit kenderaan atau penurunan sebanyak 60 peratus berbanding tahun terdahulu.

Langkah melancarkan model SUV elektrik Airtrek EV (yang menggunakan asas daripada Aion V) pada tahun 2021 sebagai jawapan kepada peningkatan trend pemilikan EV di China nampaknya tidak membuahkan hasil yang memuaskan.

Dengan penarikan diri daripada pasaran China, segala sumber akan ditumpukan kepada wilayah Asia Tenggara dan Oceania yang menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah jualan keseluruhan global Mitsubishi.
 

airtrek


Berdasarkan data daripada China Association of Automobile Manufacturers, jualan EV pada tahun 2022 melonjak 80 peratus kepada 5.36 juta unit, merangkumi 20 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan di sana.

Firma kajian MarkLines mendapati daripada jumlah jualan kereta penumpang sebanyak 23.56 juta unit pada tahun yang sama, lebih separuh daripadanya dikuasai oleh jenama China (50.7 peratus) dengan peningkatan 5.2 peratus.

Sementara jenama Jepun sekadar menguasai 18.3 peratus, turun 2.8 peratus berbanding tahun 2021.
 

EV


Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
Difahamkan, Mitsubishi Motors juga turut mengumumkan pembukaan pra-tempahan untuk SUV yang belum…
Berita Global
Keadaan ini memaksa Mitsubishi Motors untuk menghentikan terus pengeluaran kenderaan di sana, dan…