Mitsubishi pilih Thailand jadi pusat hasilkan Xpander hibrid

oleh HEZERI SAMSURI|
Mitsubishi Motors nampaknya akan memulakan menghasilkan kenderaan-kenderaan hibrid di Thailand seawal tahun hadapan.

Menurut laporan Nikkei Asia, syarikat Jepun itu percaya pasaran kenderaan hibrid akan terus mengukuh dalam tempoh 10 tahun ini.

Ia juga mendakwa ini ialah usaha pertama sebuah syarikat Jepun untuk menghasilkan produk kenderaan hibrid di luar negara matahari terbit itu.

Kajian yang dilakukan oleh Mitsubishi Motors juga mendapati bahawa negara-negara membangun seperti Asean akan memerlukan lebih masa untuk membolehkan penggunanya beralih arah secara total kepada kenderaan elektrik atau EV.

Ini ialah kerana harga yang masih tinggi dan juga kekurangan prasarana berkaitan.

Laporan Nikkei juga menyebut bahawa Thailand akan menghasilkan varian hibrid untuk MPV Xpander dan juga SUV kompak yang akan dilancarkan hari ini di Jakarta.

Untuk laporan penuh, sila ke pautan di bawah:

Nikkei Asia

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Untuk makluman, Grandis sebelum ini merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pernah…
Berita Global
Ghosn, yang kini menetap di Lubnan selepas meloloskan diri dari Jepun pada 2019, tidak menyesal dan…
Berita Global
  Model EV yang akan dibekalkan kepada Mitsubishi Motors sebagai model OEM ini akan dibangunkan…