Motosikal elektrik kayu dari Perancis - 12 unit menjelang 2020

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat dari Perancis, Newron bercadang mahu menghasilkan 12 unit motosikal elektrik ini menjelang tahun 2020.

Seperti yang boleh dilihat, kebanyakan badan motosikal ini menggunakan kayu melengkung, menutupi bateri berbentuk silinder di dalamnya.

Ini sangat berlainan dari motosikal elektrik lain yang kebanyakannya menggunakan bateri berbentuk empat segi. Oleh kerana badan motosikal dibina mengikut bentuk enjin atau bateri, mungkin kerana baterinya yang berbentuk silinder, Newron ini kelihatan berbeza.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bateri silinder itu mengingatkan kita kepada enjin kapal terbang lama.
newron

 

Di sebalik panel kayu itu ialah kerangka gentian karbon, termasuk fork hadapan. Gabungan bahan tradisional dan eksotik ini yang menjadikan Newron seksi.

Dua syarikat teknologi berada di belakang motosikal tersebut untuk memastikan ia menggunakan teknologi terkini.

Dassault Systems dan Advans Group sedang bekerjasama untuk memberikan mod tunggangan pintar untuk Newron. Antaranya ialah sistem yang mampu mengesan ke mana destinasi tunggangan anda dan mengira samada cukup tenaga elektrik untuk sampai ke sana.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya seorang mangsa kemalangan jalanraya tahun lalu di bandaraya tersebut, iaitu seorang lelaki…
Berita Global
Satu lagi projek terowong oleh Elon Musk ialah projek The Boring Company - terowong bawah tanah (…
Berita Global
Data itu dikumpul oleh Suruhanjaya Keselamatan Pengguna Amerika Syarikat melalui Sistem Pengawasan…