MUSTANG RANCHERO BAKAL KEMBALI?

oleh Penyumbang Rencana 2|
OSCAR VARGAS, individu di sebalik gambaran ilustrasi Ranchero moden tersebut memutuskan untuk merealisasikan model Ranchero berasaskan Ford Mustang generasi terkini dengan nama kod S750.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau kini memiliki mempunyai Dodge Charger yang diubah suai menjadi trak pikap oleh Smyth Performance, perkara ini seolah memberi bayangan pikap UTE Ranchero bakal kembali.

 

ranchero

 

Sejak tahun 1957 hingga 1979, Ford pernah mengeluarkan pikap utiliti coupe atau UTE dengan nama Ranchero.

 

ranchero

 

Namun, Ranchero hanya bertahan sehingga generasi ketujuh sebelum menamatkan pengeluarannya walaupun nama Ranchero itu wujud sehingga awal 1990-an di Amerika Selatan.

Walaupun hingga kini Ford tiada perancangan untuk membawa kembali nama Ranchero tersebut, namun ia tidak menghalang untuk pereka itu mencipta bagaimana jika Ranchero di modenkan melalui gambaran ilustrasi.

 

ranchero

 

Ford juga yang kini lebih gemar menggunakan nama Mustang untuk kenderaan baharu terutamanya dengan Mustang Mach-E, maka penghasilan model Ranchero itu akan berasaskan Mustang juga.

 

ranchero

 

Melalui gambaran tersebut, gerbang roda (wheel arch) diberi sentuhan yang agresif dan bonnet bahagian tengah ditonjolkan.

 

ranchero

 

Bahagian belakang yang diubahsuai sudah tentu menepati karakter asli pikap UTE dimana kabin Mustang dibelah menjadi ruang lapang di bahagian tersebut.

 

ranchero

 

Yang buat ia lebih menarik, model ini mempunyai spoiler belakang dan membuat pikap UTE ni lebih sporty dengan karatker Mustang.

 

 

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…
Berita Global
Namun disebabkan peraturan emisi yang lebih ketat, para peminat Mustang di Eropah terpaksa menerima…
Berita Global
Kereta itu dipercayai berada di De Soto, Missouri, Amerika Syarikat setelah disenaraikan di…