Kereta itu dipercayai berada di De Soto, Missouri, Amerika Syarikat setelah disenaraikan di platform jualan di Facebook itu, malah dengan berani menerangkan kereta itu sebagai “Ford yang paling boleh dipercayai di Missouri” dan “Honda yang cantik”.
Penjual tersebut meletakkan harga sehingga $15,000 (RM70,000) di platfrom jual beli atas talian tersebut.Anda rasa berbaloi atau tidak dengan pembelian tersebut?

Pada asasnya, doppelganger ini dibina di atas casis dan rangkaian kuasa enjin empat silinder K24 aspirasi semula jadi 2.4 liter Honda Accord 2005 dan turut dipadankan dengan transmisi automatik.
Walaupun tiada sebarang pengubahsuaian yang dibuat pada enjin, tetapi kereta itu menggunakan suspensi coilover di keempat-empat penjuru dan telah dilengkapi dengan angkup brek (brake caliper), rotor dan cakera brek baharu.

Dibahagian luaran kereta tersebut terdapat kerja-kerja custom yang sangat kemas untuk meniru sebuah reka bentuk Ford Mustang 1965 yang asli walaupun perkadaran (proportion) semuanya tidak sesuai.
Tidak dapat dipastikan sama ada pemilik kereta tersebut yang melakukan sendiri panel luaran badan kereta itu atau dilakukan melalui di kedai custom.

Untuk dibahagian kabin, kebanyakannya adalah sama seperti Accord biasa tetapi tempat duduk belakang telah ditanggalkan dan menggunakan paparan infotainment aftermarket.

Walaubagaimanapun, panel pintu kereta tersebut telah diubah untuk kelihatan serupa dengan panel pintu Mustang model klasik.
Jika anda seorang peminat fanatik kereta-kereta klasik Amerika, ini mungkin boleh menjadi sebuah klasik mampu milik anda.

SUMBER : Carscoops